Archive for the ‘Uncategorized’ Category

kawan, apa itu kawan?

Posted: October 13, 2011 in Uncategorized

Aku mungkin bukan rakan yg baik kerana tak pandai menyatakannya kat depan korang setiap masa (tak macam sesetengah orang update sayang org itu org ini kat facebook haha) Tp aku syg kawan2 aku dan persahabatan itu dgn mengutamakan satu perkara iaitu HORMAT Aku hormat kawan2 yg aku syg. Caranya : aku terima dia seadanya dia [...]

Ramadhan Lalu..

Posted: August 11, 2010 in Uncategorized

Sedar tak sedar, Ramadhan kini tiba lagi. Alhamdulilah, rasa syukur kupanjatkan ke sisi Ilahi kerana tahun ini aku masih diberikan peluang untuk merasai kemanisan bulan yang sangat mulia dan penuh berkat ini. Kesihatan, rezeki dan kasih sayang yang Dia turunkan padaku begitu banyak sehingga jujur ku akui, aku x mampu membalas kesemuanya sekali. Suami dan anak-anak berserta seluruh [...]

Salam dan selamat sejahtera Setelah sekian lama tak update blog, tiba-tiba terfikir pulak nak cakap tentang ragam pemandu-pemandu di jalanraya. Mungkin kita antara yang gemar melakukan perkara ini. Jadi marilah kita sama-sama memuhasabah diri agar kita sama-sama menjadi pemandu berhemah. Tujuh tahun dulu, waktu aku menemani seorang kakak di office untuk ke lokasi assignment, dia pernah berpesan [...]

9 April

Posted: April 9, 2010 in Uncategorized

9 April.. Tarikh ini takkan aku lupakan sampai bila-bila. Hari ini adalah hari ulangtahun seseorang yang sangat istimewa di hatiku. Walaupun orang itu sudah tak ku temui lagi di dunia ini, bahang kasih dan sayangnya padaku tetap membara. Andai tika ini emak masih hidup, genaplah usianya 56 tahun hari ini. Pagi-pagi lagi, aku menerima sms [...]

Carilah Destinasimu…

Posted: February 3, 2010 in Uncategorized

Di petang2 ini, rajin plak aku nak taip kata2 hikmah yang ada kat kalendar 2010 aku nih. Sungguhpun bunyinya agak lawak, tapi ambil maknanya ya!(kata-kata yang sering trainer ESQ ucapkan waktu nak main games). Kadangkala, hidup kita boleh berubah hanya dengan satu ayat.. Namun, tiada ayat yang terbaik selain ayat-ayat cinta karangan Allah Yang Maha Esa. [...]

Puisi Angah Untuk Emak

Posted: January 6, 2010 in Uncategorized

Aku copy puisi ini dari blog angah. Ringkas tetapi mendalam. Untuk Emak; Rahina Mansor yang telah kembali ke Rahmatullah: 9 April 1954 – 9 November 2009 Syaiun lillahi lahumul Fatihah…. Al Fatihah Wahai Emak yang sangat ku kasihi, Pergimu di dunia tak akan kembali, Kerana akhirat jua yang kekal abadi, Walau sedih ketiadaanmu aku tangisi, [...]

12.34 tghr – Baru setengah jam aku sampai di ofis. Sampai setelah aku melunaskan fardhu kifayahku untuk membantu saudara seagama denganku. Sampai setelah aku diberi ‘tunjuk ajar’ secara langsung oleh Allah SWT betapa kita ini hamba kecil yang tidak berdaya, hanya untukNya kita berusaha, hanya padaNya kita berdoa dan meminta. Susah nampaknya penjelasanku itu, kan? [...]

SATU

Posted: December 4, 2009 in Uncategorized

Aku ini adalah diriMu Cinta ini adalah cintaMu Aku ini adalah diriMu Jiwa ini adalah jiwaMu Rindu ini adalah rinduMu Darah ini adalah darahMu Tak ada yang lain..selain diriMu Yang selalu ku puja  Ku sebut namaMu Di setiap hembusan nafasku Kusebut namaMu Kusebut namaMu… Dengan tanganMu aku menyentuh Dengan kakiMu aku berjalan Dengan mataMu ku [...]

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Redhailah aku Ya Allah.. Tabahkanlah hatiku Ya Allah.. Kukuhkanlah imanku Ya Allah.. Izinkanlah agar aku sentiasa berada pada jalan-Mu yang lurus Ya Allah.. Baik ketika aku hidup mahupun setelah aku mati Ya Allah.. Tiada lain yang aku harapkan melainkan redha-Mu Ya Allah Amin Ya Rabbul Alamin Satu ketika dahulu.. [...]

kisah anak-anak

Posted: October 23, 2009 in Uncategorized

Baru je aku bukak pintu lepas balik kerja semalam, tiba-tiba adik peluk aku. Muka dia macam bersalah. Aku dah terdetik, ni mesti ada sesuatu. Belum sempat aku bertanya, Ziqry dah mengadu. Ziqry : Mama, adik cucuk mata kawan! Aku : Haa?? cucuk dengan apa? Ziqry : Dengan pensil. Kawan perempuan. Cikgu marah adik. Aku : Kenapa adik [...]